aku lambai tangan
aku panggil kau
kau nampak
tapi kau abaikan.
aku bukan haiwan.
aku bukan saitan
tapi aku hairan
kenapa kau lari ?
kenapa kau jauhkan diri ?
aku cuba bagi sayang,
cuba bagi kasih.
kalau tak suka,
bagitahu saja.
aku bisa berhenti.
tapi kau tu pelik
kadang isyaratnya seperti suka
kadang isyaratnya seperti benci.
mana satu ni ?
beri aku yang pasti cuba.
supaya aku tidak gila.
mabuk cinta.
hari ni aku bagi kau madu,
kau suka.
esoknya aku bagi kau sayang,
kau tak suka.
esoknya lagi aku tak bagi kau sayang.
kau tak suka.
apa sebenarnya kau mahu ??
cuba bagitahu.
APA ???
-apiali-
Aku seorang pemuisi gila. Menulis ikut suka. Tatabahasa entah kemana. tapi biarlah aku punya. enkau sibuk kenapa ?:p . baca sahaja. jangan lupa beri kritikan anda :)
Friday, April 26, 2013
selamat ulang tahun.
saat itu,
dunia berhenti seketika
putaran 360 darjah tergendala
paksi tidak berfungsi
mantel bumi mati
zarah nuklear diam
awan kaku
matahari sejuk
bulan terang
kerana hadir makhluk indah
indah seperti kau.
9 bulan 13 hari
sebelum semua itu berlaku
sperma bertarung sama sendiri
bukan perang saudara
tapi perang rebut nyawa
dan kau berjaya, menang
kau paling gagah
paling kuat
satu satunya dalam berjuta
berjaya menerobos dinding ovum
mendapat nyawa
kau istimewa
kau lahir kedunia
tangisan,rengekan diiring sama
takut dunia baru
takut cabaran baru
azan dan iqamat
muzik pertama kau dengar
penenang jiwa
seruan panggilan kekuasaan illahi
sematkan dalam hati -erat.
tuhan kita cuma satu.
kini,
ibu kau pasti kagum
ayah kau mesti bangga
kerana kau antara ciptaan terindah maha esa
bisa hidup sampai kini
nombor tahun bukan pengukur hidup
jalani seterusnya tanpa runsing
yang bahagia pasti akan tiba jua.
semoga hari mendatang,
umur kau panjang,
rezeki kau melimpah
hidup kau senang
perjalanan kau dipermudahkan
amalan dibanyakkan
dosa di jauhkan.
SELAMAT HARI LAHIR INSAN ISTIMEWA. :)
Thursday, April 25, 2013
Kanvas Putih
Ini tentang kita.
Sekeping kanvas putih suci,
kosong, tiada pusat penglihatan,
tiada focus untuk aku tenung,
tiada tepi untuk aku lirik..
lalu aku ambil sebotol cat,
cat warna merah,
aku simbah ke kanvas itu,
aku sangka cantik hasilnya,
abstrak mungkin.
tapi aku Cuma burukkan kanvas itu.
Sekeping kanvas putih suci,
aku rosakkan ketulusan putih itu,
aku kotorkan indah bersih kanvas itu,
kanvas yang dulu tenang untuk dilihat,
sekarang jadi sampah.
ini semua salah aku.
dah abis cat aku curah,
aku pula merana.
kerana aku terlampau mengharap
aku harap kanvas itu cantik,
aku harap hasil tangan aku indah,
tapi apa yang terhasil hanya sampah.
Sekeping kanvas putih suci,
aku terpaksa gantikan ia dengan yang baru.
aku gantung kanvas putih baru.
walaupun kanvas yang lama kotor,
tapi itu adalah hasil nukilan aku.
aku mahukan itu.
aku hargai itu
aku selesa dengan itu..
kini aku terpaksa tenung kanvas putih kosong lagi.
terpaksa tahan pedih lihat orang lain warnakan kanvas itu.
Sekeping kanvas putih suci,
aku akan hargai engkau.
aku akan jaga engkau.
suatu hari nanti,
aku akan warna kau lagi.
tapi hanya selepas aku tahu bagaimana caranya,
hanya selepas kau merelakn itu.
Wahai sahabat,
hubungan sahabat inilah kanvas putih itu.
hayatilah indahnya kanvas itu.
kalau kau mahu kanvas merah, hasil nukilan aku dulu,
aku masih simpan.
aku simpan dalam binkai kaca Nampak dalam.
aku akan bagi engkau itu.
tapi hanya selepas kau betol2 mahu.
fahamilah aku.
-Api Ali-
Perempuan
perempuan
aku kasihan dengan perempuan
aku kesian dengan dunia mereka
aku kesian dengan hati mereka
yang sering diperkotak katik lelaki seperti aku
aku kesian dengan tubuh mereka
di jamah si jalang busuk perut
aku kesian dengan tubuh mereka
di tenung mata mata liar
aku kesian dengan hati mereka rapuh
aku kesian dengan minda mereka sederhana
aku kesian dengan kekuatan mereka
selemah sekeping kertas tanpa aksara
aku kesian dengan segala dusta mereka terima
berhasta hasta
aku kesian dengan mata mereka
tak mampu tampung air mata
aku kesian dengan otot mereka
tidak mampu jadi sperti aku
aku kesian dengan senggugut mereka
setiap bulan
mereka lemah,
TAPI MEREKA KUAT.
mereka naif,
TAPI MEREKA BIJAKSANA.
tanpa mereka,
tiada sijantan
tiada imam
tiada lee min ho
tiada pakar gusti
tiada aku.
-apiali-
Pentas
aku bangun,
menuju pentas lakonanku
drama nyata
drama dunia
watak aku sadis
kadang sedih kadang kesian
jarang gembira jarang bahagia
direktor filem ini sudah tetntukan aku begini
aku terima
durasi filem ini panjang
80 tahun mungkin
90 tahun aku tak pasti
jika direktor suka,
lagi lama lah aku melakonkan watak sedih ini.
aku pernah cuba minta tukar watak
tapi hampa
aku masih aku
aku tidur,
menuju pentas lakonan lagi
drama fantasi
drama tipu
tapi kali ini aku pelakon
juga aku direktor.
aku jadi siapa aku suka
dengan siapa aku suka
tapi drama ini ada 2 direktor
saitan dan aku
kolaberasi hina
durasi filem ini pula pendek
bahagianya cuma sekejap
indahnya cuma satu kelip
cuma beberapa jam.
waktu tidur aku sementara
waktu nyata aku menguasai dunia
waktu nyata aku tidak seindah waktu fantasi
waktu fantasi aku tidak sehina waktu nyata.
ya,
aku hidup di pentas ini
pentas opera dunia.
-apiali-
Luar Sedar
saat aku tutup mata,
dunia hancur, musnah, meletup tanpa suara
segalanya terjadi di luar sedar.
saat aku celik mata,
dunia kembali sediakala. aman tenang seperti tiada apa.
hipokrit kau bumi !
dan aku pasti
ini semua terjadi di luar sedar.
saat aku tutup hati.
bergelumang dosa dan nista
ada manusia yang membuka hati.
aku jadi punca mereka derita.
aku yakin
ini semua terjadi di luar sedar.
saat aku buka hati.
mencari cinta mencuba bahagia.
ada manusia menutup hati.
membenci golongan adam.
menolak godaan sayang.
tiada was was.
ini semua berlaku di luar sedar.
saat aku menolak manusia jauh.
ada yang masih mahu dekat.
tapi aku abaikan dia.
aku herdik dengan bahasa durjana.
aku caci dengan kata kata neraka.
tiada nafi.
ini semua berlaku di luar sedar.
saat aku cuba menarik manusia dekat.
ada yang cuba jauh.
aku rayu aku pujuk.
dia angkat kaki ,
pandangan hina.
kata kata madu sudah jadi sampah.
tidak diterima walau setitik.
tanpa bantahan.
ini semua berlaku di luar sedar.
aku sumpah.
ini semua berlaku di luar sedar.
tapi mana aku di masa sedar ?
mana ?
-apiali-
Kenapa ?
kenapa ?
paksi berdiri aku tergalih.
navigasi pandangan aku teralih.
halusinasi aku bertambah pedih.
ilusi ini memakan jiwa aku yang bersih.
persepsi aku ke kau kini sudah pelik.
dulu.
kenapa ?
kau buat aku bahagia.
kau buat aku gembira.
kau garap senyum bibir aku.
kau kesat air mata aku tika menitis.
kau tiupkan haba ke jari beku aku.
kau buat aku jatuh cinta.
sekarang.
kenapa ?
kau buat aku sedih.
kau buat aku derita.
kau tambah cuka ke luka aku.
kau punca air mata aku menitis.
kau jadi punca aku beku di atas perbaringan.
kau tolak cinta aku.
kenapa ?
kau tak mahu aku ?
kau tak cintakan aku ?
kau pilih dia ?
kau tak bagi peluang hati kau suka aku ?
mungkin wajah aku tidak sebersih dia
mungkin hati aku tidak semerah dia
mungkin badan aku tidak se sasa dia
mungkin kata kata aku tidak semanis dia
tapi ya !
aku manusia juga.
ya !
aku ada hati.
ya !
aku ada perasaan juga.
ya !
aku bisa jatuh cinta.
dan Ya juga !
kau tidak pernah pikir tentang itu.
kenapa ?
-apiali-
JDT vs PAHANG
tiupan nafas melalui rongga udara wisel
menghasilkan sejenis bunyi.
pencetus adrenalin.
pembakar semangat.
bola digolekkan.
tanda perang
penonton bersuara.
bersorak.
pemain berkeringat.
penat.
tapi matlamat menang perlu di teruskan.
mesti digenggam.
sehingga tamat minit sembilan puluh.
LUASKAN KUASAMU.
laungan itu membingit atmosfera semi sfera stadium.
JOHOR TETAP MENANG.
Pahang,
ya benar kita jiran.
kita saudara.
tapi malam ini kita berperang.
kita bukan kawan.
bukan jiran.
kita berebut matlamat sama.
kita musuh.
Bola Sfera jadi senjata.
gawang berjala jadi perisai
garisan tepi jadi sempadan.
pengadil jadi hakim..
JOHOR !
LUASKAN KUASAMU !
-apiali-
Aku Talifon Murah
nota 2
galaksi jaguh
pengalaman z
saya phone
nama nama gah telifon bimbit rebutan
tapi aku ?
nokia 3310
dilupakan dicampak dibuang dibaling anjing
hina sangat ke aku?
tidak bergunakah aku ?
padahal dulu aku rebutan
padahal dulu aku kegilaan
tapi garis masa terlampau laju
untuk menyimpan persepsi mudah seperti aku
tapi mereka buta dan lupa
kalau nak dibandingkan beteri aku
dan segala alatan bimbit canggih lain,
aku paling kuat.
tapi mereka buta dan lupa
kalau nak bandingkan ketahanan badan aku
dan segala alatan bimbit canggih lain
aku paling tahan !
tapi mereka buta dan lupa
sebelum wujud poliphonik
monophonik aku lah yang memeriahkan hidup mereka
tapi mereka buta dan lupa
sebelum ada nya temple run,
space impact aku lah yang paling mereka gila
tapi mereka buta dan lupa
sebelum AMOLED skrin wujud
skrin hitam putih berlatar cahaya biru aku dulu
yang mereka puja
tapi kini aku jadi perhiasan
simpanan para penggila antik dan tahyul
semalam aku terjual dengan harga ringgit lapan ribu
di sebuah laman lelong maya
berapa harga saya phone ?
berapa harga nota 2 ?
berapa harga galaksi s tiga ?
masih aku telifon bimbit murah ?
masih murah kah aku ??!!
-apiali-
3 Dunia
ekor mentari menerobos atap nipah.
menyuluh lena aku yang kelam.
menyedarkan aku dari fantasi indah.
membawak aku ke realiti kejam.
mimpi tadi,
kenapa aku mencari kau
kenapa aku mahukan kau dlam mimpi aku ?
kenapa aku mahu senyum kau di alam fantasi aku ?
kenapa aku mahu tawa kau mengalun irama indah fantasi itu ?
realiti sekarang,
aku bangun, masih mencari kau.
tiada kat sebelah,
tiada kat bawah.
kat mana kau ?
aku lihat blackberry aku.
masih takde kau.
kat mana kau ?
angan angan akan datang,
aku pegang tangan kau
di atas mahligai pelamin kita.
ditepungi, di simbah air mawar
masa berlalu pantas
anak kita aku pangku
rumah kita aku cat.
oh indahnya angan angan.
-apiali-
3 personaliti
embun pagi menitik deras
ayam jantan dalam kompetesi kokok
merebut hati sang betina untuk musim bersetubuh mereka
cahaya matahari berebut
menyuluh ufuk yang sebelahnya siang.
aku keseorangan
satu jasad
satu roh
tapi aku hairan,
kenapa aku ada 3 jiwa ?
satu jiwa,
memberontak.
jahat.
saitan mudah hembus kata2 hasut
nafsu mudah bikin gila
reformasi ditagih
perhatian di cari
mereka kata aku gila.
satu jiwa,
baik.
lembut.
sopan dan beradab.
setiap hati mahu dijaga,
tidak mahu diluka kalau satu.
hormat sama yang tua.
bertegur sama yang muda.
tidak mahu balasan dunia.
akhirat jadi matlamat.
mereka kata aku bermuka muka.
satu jiwa,
keseorangan.
mencari kasih sayang.
mahukan rasa apa iu sayang.
perempuan dijaga sempurna.
mulut ditanam tebu.
pengawal nafsu.
hanya untuk cinta katanya.
melakukan kerja gila
hanya untuk cinta katanya
dan mereka kata aku dayus.
aku keliru.
mana satu sebenarnya aku?
-apiali-
Subscribe to:
Comments (Atom)