Wednesday, May 8, 2013

Polishit

Hijau,biru,roket,mata. 
Biar lah mereka berperang. 
Kita lihat dari jauh. 
Kita nilai bodoh mereka. 
Jgn terpedaya.


Sibuk rebut kuasa. 

nilai murni,maruah diri tolak tepi. 
Apa yang penting pada mereka cuma putrajaya. 
Pernah mereka fikir itu cuma dunia ?


Mereka bercerita tentang kroni. 

Ada mereka bercerita tentang muhasabah diri ? 
Mereka kata itu ceramah. 
Tapi apa yg lebih cuma fitnah.


Mereka berkata akan jaga negara. 

Tapi ada mereka jaga keluarga mereka ? 
Mereka berbelanja mewah. 
Ada mereka ingat rakyat minta sedekah ?


Mereka lagak mereka khalifah suci dunia. 

Tapi khalifah apa menjaja buruk manusia ?


Macai. 

Ini kalilah.
lain kali lah. 
Biarlah mereka mahu bersuara. 
Fitnah ditabur buta sana sini. 
Sudah lupa siapa bangsa sendiri. 
Gila


-apiali-

malaikat Maut.

Hey, kau sedar tak ? 
Tadi malaikat maut datang. 
Setiap hari dia datang jenguk. 
Tapi belum masa dia buat kerja untuk kau.
Tapi kau tahu bila?

Thursday, May 2, 2013

tahun 3090.

waktu malam masih biasa. tiada tanda2 meteor datang hentam bumi. burung masih terbang. gravity masih wujud. bosan. pembancuh kopi philips aku hidupkan. kereta-kereta ciptaan tony stark ligat berterbangan di luar rumah. bawak laju nak pg mane entah. bini nak bersalin mungkin. aku abaikan. tiba tiba mata aku terkunci ke satu objek. dipanggil manusia. bumi ini sudah berumur 3090 masihi, tapi masih ada manusia berpinafor. pinafor putih. cantik. aku sebenarnya pelik dengan manusia. sudah berevolusi, tapi kelihatan seperti sedang berevolusi kembali ke siapa mereka tahun 2012. nampak kuno. berhabuk ! mungkin aku yang berpandangan kerek. tapi biarlah, ini aku. malam itu tiada apa yang menarik. kes-kes bunuh masih sikit. aku tak hairan sebenarnya. biasalah bila puak hijau mahu tawan puak merah. ada saja pergaduhan. kami, puak biru, duduk tengok dari jauh. hiburan percuma. biar mereka lawan, gaduh. biar semua mati. nanti kami juga yang pegang bumi ni. manusia mana ? mereka pelarian. hidup tanpa rumah. makan sisa hina. berak tepi jalan. tamadun mereka musnah. ini semua punca facebook !

Derita, sengsara.

Mula mula sedih datang,
Bawak cerita sedih berbakul.
Aku larikan diri.

:::

Belom sempat aku angkat kaki,
Derita pula bagi salam,
Datang tanpa undang.

:::

Masalah aku datang berkepuk,
Solusi datang sehelai.
Hasilnya,
Derita datang bagi salam,
Bawa sengsara untuk buah tangan.

:::

Aku tanam sedih dalam lubang.
Aku sangka dah tamat.
Tapi tumbuh pula pokok derita,
Berbunga sengsara,
Berbuah celaka.
Rimbun.
Lebat.

-apiali-