Jeritan cahaya di celahan jendela
Laungan bahang tanpa suara
Mengejut tidur orang buta
Buta pada indahnya dunia
Indahnya cinta
Syurga sementara
Dunia penuh harta
Kumpul pahala
Mereka buta
Sesungguhnya mereka buta
Jeritan tanpa suara matahari;
Mencelikkan kornea buta
Mencerahkan kabur kanta
Pupil mereka berganda
Retina mereka disergah
Iris mereka merekah
Biar rehat telinga mereka
Biar mata bekerja
Ajar mereka apa erti dunia
Suluhkan mereka apa mereka lupa
Terangkan mereka kabur kelibat pahala
Teruskan kerja kau matahari
Banyak lagi mata buta di sini
Di planet 7 bilion manusia
Hirupan oksigen mereka sia2
Kerana mereka buta
Sesungguhnya mereka semua buta.
-apiali-
No comments:
Post a Comment