Thursday, April 25, 2013

3 personaliti


embun pagi menitik deras
ayam jantan dalam kompetesi kokok
merebut hati sang betina untuk musim bersetubuh mereka
cahaya matahari berebut
menyuluh ufuk yang sebelahnya siang.

aku keseorangan
satu jasad
satu roh
tapi aku hairan,
kenapa aku ada 3 jiwa ?

satu jiwa,
memberontak.
jahat.
saitan mudah hembus kata2 hasut
nafsu mudah bikin gila
reformasi ditagih
perhatian di cari
mereka kata aku gila.

satu jiwa,
baik.
lembut.
sopan dan beradab.
setiap hati mahu dijaga,
tidak mahu diluka kalau satu.
hormat sama yang tua.
bertegur sama yang muda.
tidak mahu balasan dunia.
akhirat jadi matlamat.
mereka kata aku bermuka muka.

satu jiwa,
keseorangan.
mencari kasih sayang.
mahukan rasa apa iu sayang.
perempuan dijaga sempurna.
mulut ditanam tebu.
pengawal nafsu.
hanya untuk cinta katanya.
melakukan kerja gila
hanya untuk cinta katanya
dan mereka kata aku dayus.

aku keliru.
mana satu sebenarnya aku?

-apiali-

No comments:

Post a Comment