Aku seorang pemuisi gila. Menulis ikut suka. Tatabahasa entah kemana. tapi biarlah aku punya. enkau sibuk kenapa ?:p . baca sahaja. jangan lupa beri kritikan anda :)
Thursday, April 25, 2013
Kenapa ?
kenapa ?
paksi berdiri aku tergalih.
navigasi pandangan aku teralih.
halusinasi aku bertambah pedih.
ilusi ini memakan jiwa aku yang bersih.
persepsi aku ke kau kini sudah pelik.
dulu.
kenapa ?
kau buat aku bahagia.
kau buat aku gembira.
kau garap senyum bibir aku.
kau kesat air mata aku tika menitis.
kau tiupkan haba ke jari beku aku.
kau buat aku jatuh cinta.
sekarang.
kenapa ?
kau buat aku sedih.
kau buat aku derita.
kau tambah cuka ke luka aku.
kau punca air mata aku menitis.
kau jadi punca aku beku di atas perbaringan.
kau tolak cinta aku.
kenapa ?
kau tak mahu aku ?
kau tak cintakan aku ?
kau pilih dia ?
kau tak bagi peluang hati kau suka aku ?
mungkin wajah aku tidak sebersih dia
mungkin hati aku tidak semerah dia
mungkin badan aku tidak se sasa dia
mungkin kata kata aku tidak semanis dia
tapi ya !
aku manusia juga.
ya !
aku ada hati.
ya !
aku ada perasaan juga.
ya !
aku bisa jatuh cinta.
dan Ya juga !
kau tidak pernah pikir tentang itu.
kenapa ?
-apiali-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment