saat itu,
dunia berhenti seketika
putaran 360 darjah tergendala
paksi tidak berfungsi
mantel bumi mati
zarah nuklear diam
awan kaku
matahari sejuk
bulan terang
kerana hadir makhluk indah
indah seperti kau.
9 bulan 13 hari
sebelum semua itu berlaku
sperma bertarung sama sendiri
bukan perang saudara
tapi perang rebut nyawa
dan kau berjaya, menang
kau paling gagah
paling kuat
satu satunya dalam berjuta
berjaya menerobos dinding ovum
mendapat nyawa
kau istimewa
kau lahir kedunia
tangisan,rengekan diiring sama
takut dunia baru
takut cabaran baru
azan dan iqamat
muzik pertama kau dengar
penenang jiwa
seruan panggilan kekuasaan illahi
sematkan dalam hati -erat.
tuhan kita cuma satu.
kini,
ibu kau pasti kagum
ayah kau mesti bangga
kerana kau antara ciptaan terindah maha esa
bisa hidup sampai kini
nombor tahun bukan pengukur hidup
jalani seterusnya tanpa runsing
yang bahagia pasti akan tiba jua.
semoga hari mendatang,
umur kau panjang,
rezeki kau melimpah
hidup kau senang
perjalanan kau dipermudahkan
amalan dibanyakkan
dosa di jauhkan.
SELAMAT HARI LAHIR INSAN ISTIMEWA. :)
No comments:
Post a Comment