Aku seorang pemuisi gila. Menulis ikut suka. Tatabahasa entah kemana. tapi biarlah aku punya. enkau sibuk kenapa ?:p . baca sahaja. jangan lupa beri kritikan anda :)
Thursday, April 25, 2013
Pentas
aku bangun,
menuju pentas lakonanku
drama nyata
drama dunia
watak aku sadis
kadang sedih kadang kesian
jarang gembira jarang bahagia
direktor filem ini sudah tetntukan aku begini
aku terima
durasi filem ini panjang
80 tahun mungkin
90 tahun aku tak pasti
jika direktor suka,
lagi lama lah aku melakonkan watak sedih ini.
aku pernah cuba minta tukar watak
tapi hampa
aku masih aku
aku tidur,
menuju pentas lakonan lagi
drama fantasi
drama tipu
tapi kali ini aku pelakon
juga aku direktor.
aku jadi siapa aku suka
dengan siapa aku suka
tapi drama ini ada 2 direktor
saitan dan aku
kolaberasi hina
durasi filem ini pula pendek
bahagianya cuma sekejap
indahnya cuma satu kelip
cuma beberapa jam.
waktu tidur aku sementara
waktu nyata aku menguasai dunia
waktu nyata aku tidak seindah waktu fantasi
waktu fantasi aku tidak sehina waktu nyata.
ya,
aku hidup di pentas ini
pentas opera dunia.
-apiali-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment