Aku seorang pemuisi gila. Menulis ikut suka. Tatabahasa entah kemana. tapi biarlah aku punya. enkau sibuk kenapa ?:p . baca sahaja. jangan lupa beri kritikan anda :)
Thursday, April 25, 2013
Luar Sedar
saat aku tutup mata,
dunia hancur, musnah, meletup tanpa suara
segalanya terjadi di luar sedar.
saat aku celik mata,
dunia kembali sediakala. aman tenang seperti tiada apa.
hipokrit kau bumi !
dan aku pasti
ini semua terjadi di luar sedar.
saat aku tutup hati.
bergelumang dosa dan nista
ada manusia yang membuka hati.
aku jadi punca mereka derita.
aku yakin
ini semua terjadi di luar sedar.
saat aku buka hati.
mencari cinta mencuba bahagia.
ada manusia menutup hati.
membenci golongan adam.
menolak godaan sayang.
tiada was was.
ini semua berlaku di luar sedar.
saat aku menolak manusia jauh.
ada yang masih mahu dekat.
tapi aku abaikan dia.
aku herdik dengan bahasa durjana.
aku caci dengan kata kata neraka.
tiada nafi.
ini semua berlaku di luar sedar.
saat aku cuba menarik manusia dekat.
ada yang cuba jauh.
aku rayu aku pujuk.
dia angkat kaki ,
pandangan hina.
kata kata madu sudah jadi sampah.
tidak diterima walau setitik.
tanpa bantahan.
ini semua berlaku di luar sedar.
aku sumpah.
ini semua berlaku di luar sedar.
tapi mana aku di masa sedar ?
mana ?
-apiali-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment